Proses penambahbaikan

Kini anda boleh melayari LAMAN SESAWANG RASMI kami di alamat berikut :

Emailkan sebarang pertanyaan ke : rmnegerifm@gmail.com

Khamis, 27 November 2014

HIROK PIKOK NEGERIfm - KONSERT 2 BUDAYA

Datang beramai-ramai dan saksikan persembahan 2 budaya antara Negeri Sembilan & Kelantan yang membariskan artis-artis tempatan seperti Ally Noor, Mastura, Sabri Yunus, Ebby Yus, Iwere (Kelantan), W.A.R.I.S, Warisan Pusako & Kumpulan Dikir Barat (Arjuna Sukma) pada 28 November 2014 (Jumaat) ini, jam 9 malam, di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson.

SAKSIKAN JUGA SECARA LIVE STREAMING DI LAMAN USTREAM INI : http://www.ustream.tv/channel/negerifm atau layari negerifm.rtm.gov.my



Rabu, 11 Jun 2014

Selasa, 20 Mei 2014

SEMINAR TANAH TUMPAH DARAHKU

Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan bertuah kerana menerima kunjungan Bekas Perdana Menteri Malaysia, YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai penyampai Ucaptama Seminar Tanah Tumpah Darahku anjuran Dewan Undangan Negeri Belia, Negeri Sembilan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban. Turut sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan.




KONSERT SIMFONI WARISAN 2014

Konsert Orkestra Simfoni yang julung kalinya diadakan sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir dipersembahkan sebagai hadiah Hari Keputeraan baginda. Repertoir konsert orkestra berkonsepkan elemen-elemen dari lagu etnik, tradisional dan lagu rakyat Negeri Sembilan. Manakala Konsert Orkestra Simfoni bertemakan Malay Classics & Exploring Malaysian Contemporary Music.






Isnin, 19 Mei 2014

"PEMBERITAHUAN" - GANGGUAN BEKALAN AIR

*PEMBERITAHUAN*

Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa (20/5/14) ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.

Kawasan yang terlibat ialah:-
*Taman Warisan Puteri
*Seluruh kawasan Ampangan
*Seluruh kawasan Senawang
*Paroi
*Seluruh kawasan Rahang
*Seluruh kawasan Rasah Jaya
*Kawasan industri Sungai Gadut
*Taman Tuanku Jaafar
*Taman Seremban Selatan
*Taman Seremban Jaya
*Seluruh bandar Seremban
*Seremban 2
*Temiang
*Templer dan kawasan industri ringan Templer
*Lobak..
*Jalan Rasah
*Mambau
*Hospital Tuanku Jaafar
*Hospital pakar KPJ
*Hospital Columbia
*Hospital Mawar
*Hospital Bersalin Cina Templer
*Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas
*Jalan Labu
*Taman Desa Rhu

Bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai 8 pagi hari berikutnya (21 Mei).

Sila sediakan tadahan simpanan sebelum gangguan bermula untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sebarang masalah boleh hubungi 1800886982

Isnin, 28 April 2014

UJIBAKAT BINTANG KECIL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2014


*Syarat Penyertaan UJI BAKAT BINTANG KECIL NEGERI SEMBILAN 2014

- Warganegara Malaysia.

- Berumur 7-11 tahun.

- Lagu bebas (Bahasa Malaysia).

- Bawa 'minus one' / VCD Karaoke semasa uji bakat.

- Bawa salinan sijil kelahiran.

Akhbar Online

Utusan Malaysia
Utusan Malaysia Online
Berita Harian